Saturday, October 30, 2010

Pengenalan

Seni Beladiri Wali Suci berasal dari Sulawesi Indonesia dan telah bertapak di Malaysia dan pada tahun 1976 telah diishtiharkan sebagai seni bela diri yang berdaftar dan telah dirasmikan oleh Datuk Abu Samah, menteri kesenian, kebudayaan dan perlancongan Malaysia di kem tentera Sungai Besi.

Kesenian ini telah bertapak di Keramat Tunggal, Pontian, Johor sekitar tahun awal 70an dan masih aktif di satu tempat dikawasan Johor dengan keahlian menjangkau 400 ahli.

Tujuan Seni Bela ini ditubuhkan adalah untuk mendisplinkan diri disamping memupuk anak-anak bangsa melayu khususnya Islam daripada gejala-gejala yang tidak bermoral serta ingin mencari ahli-ahli seperguruan di seluruh Nusantara di samping mengeratkan silaturahim.

Hanya ini serba sedikit yang kami dapat paparkan buat info. Untuk maklumat lanjut kita akan sambung di post yang akan datang.

Terima Kasih, Assalammulaikum.